8 Julai 2020 - 14:18
OIC Gesa Majlis Keselamatan Halang Proses Pengilhakkan Oleh Rejim Israel

Pertubuhan kerjasama Islam (OIC) menggesa Ahli Majlis Keselamatan PBB (UNSC), untuk memainkan peranan mereka dalam menghalang hasrat rejim Zionis Israel untuk mengilhakkan kawasan penting di Tebing Barat ke dalam pentadbiran mereka.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Pertubuhan kerjasama Islam (OIC) menggesa Ahli Majlis Keselamatan PBB (UNSC), untuk memainkan peranan mereka dalam menghalang hasrat rejim Zionis Israel untuk mengilhakkan kawasan penting di Tebing Barat ke dalam pentadbiran mereka.

Gesaan tersebut dinyatakan mereka dalam sepucuk surat yang dialamatkan kepada kepada negara anggota Majlis Keselamatan (UNSC) serta anggota quartet timur tengah — Kesatuan Eropah, Rusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Amerika Syarikat –.

Surat yang ditulis oleh Setiausaha Agung Pertubuhan OIC, Yousef Al-Othaimeen itu menggesa ahli Majlis Keselamatan untuk mengambil setiap "langkah yang perlu" bagi menghalang proses pengilhakkan dan dalam masa yang sama memaksa Israel untuk menghentikan semua aktiviti haram mereka.

OIC juga menggesa UNSC untuk mengadakan mesyuarat tergempas bagi "menyelamatkan peluang yang tersisa untuk keamanan dan memulihkan proses penyelesaian diplomatik di bawah pengawasan antarabangsa."

Mesyuarat sedemikian memiliki potensi untuk merealisasikan konsep "penyelesaian dua negera, dan [penciptaan] sebuah negera Palestin dengan Baitulmuqaddis Timur [Al-Quds] sebagai ibu negaranya," baca surat itu.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sebelim ini mengumumkan rancangan untuk mengilhak 30 peratus wilayah Palestin yang diduduki -iaitu kawasan di mana rejim Zionis telah membina penempatan haram serta sebahagian daripada Lembah Jordan- selepas Presiden AS, Donald Trump menyokong pelan pengilhakkan pada bulan Januari lepas. -Press TV